PERKHIDMATAN E-KAUNSELING
posted by Unknown May 10, 2017 0 comments



MAKSUD E-KAUNSELING:

Satu proses perhubungan menolong antara kaunselor dengan klien melalui atas talian atau laman sosial tanpa perlu bersemuka mengikut prosedur yang ditetapkan secara professional.


TEKANAN ATAU STRES – DEFINISI DAN KAEDAH MENANGANINYA


Jangan biarkan hidup sentiasa diselubungi tekanan.


Kehidupan penuh dengan pelbagai perkara samaada baik atau buruk, positif atau negatif. Itu semua merupakan asam garam kehidupan. Tanpa tekanan kehidupan kita pasti tidak bermakna. Ramai orang yang cuba untuk tidak meletakkan diri mereka dalam keadaan tertekan. Tekanan tidak diminta kerana ia datang tanpa diundang. Tekanan boleh mematangkan pemikiran yang pasti mencetus tindakan yang akan mewarnai kehidupan dijadikan sebagai pengalaman.

Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang samaada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya adakalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat atau jika tidak ditangani dengan baik mungkin sesuatu yang lebih mudarat  boleh berlaku. Ini semua bergantung kepada individu itu bagaimana penerimaannya. Tekanan boleh membantu atau mungkin juga memberi kemudaratan dalam kehidupan.

STRES - DEFINISI

Stress adalah tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaangemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya. Gejala stres ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. 

PUNCA STRES

# Terlalu inginkan kemenangan
# Bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan
# Sifat terlalu mengharapkan yang terbaik
# Suka mendesak
# Risau keterlaluan
# Tidak mahu menerima teguran
# Berprasangka buruk dan berdendam.
# Cemburu dengan kejayaan orang lain
# Kerja yang membosankan, tekanan pekerjaan
# Masalah kewangan
# dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

STRES MENUNJUKKAN PERUBAHAN

# Perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, murung, gelisah, kelesuan, ketakutan, mudah mengamuk
# Sentiasa rasa bersalah
# Suka termenung
# Prestasi merosot
# Kekeringan idea
# Hilang tumpuan
# Sukar tidur
# Hilang selera makan.






Stres perlu ditangani dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian. Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik. Ada sebilangan besar masyaraka tmeleraikan kekusutan jiwa tanpa pertimbangan akal sihat dan panduan agama. Contoh bersukaria, menikmati muzik, berkaraoke, menari dan mengambil ubat penenang. Ketenteraman yang diperoleh cara demikian sesungguhnya tak lebih hanyalah bersifat sementara dan sekadar anggapan belaka.
Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif yang lebih berat kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada merokok, minum arak dan pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan. Lebih berat lagi ada yang sanggup membunuh diri.



PERSONALITI ANDA BERDASARKAN WARNA


          


JENIS-JENIS PENYAKIT MERBAHAYA









PENJAGAAN KESIHATAN

Penjagaan kesihatan melalui pemakanan adalah penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang merbahaya seperti kardiovaskular, kanser, dieabetis dan lain-lain.







design by Wanaseoby