PERKHIDMATAN E-KAUNSELING
posted by Unknown May 10, 2017 0 comments



MAKSUD E-KAUNSELING:

Satu proses perhubungan menolong antara kaunselor dengan klien melalui atas talian atau laman sosial tanpa perlu bersemuka mengikut prosedur yang ditetapkan secara professional.


TEKANAN ATAU STRES – DEFINISI DAN KAEDAH MENANGANINYA


Jangan biarkan hidup sentiasa diselubungi tekanan.


Kehidupan penuh dengan pelbagai perkara samaada baik atau buruk, positif atau negatif. Itu semua merupakan asam garam kehidupan. Tanpa tekanan kehidupan kita pasti tidak bermakna. Ramai orang yang cuba untuk tidak meletakkan diri mereka dalam keadaan tertekan. Tekanan tidak diminta kerana ia datang tanpa diundang. Tekanan boleh mematangkan pemikiran yang pasti mencetus tindakan yang akan mewarnai kehidupan dijadikan sebagai pengalaman.

Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang samaada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya adakalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat atau jika tidak ditangani dengan baik mungkin sesuatu yang lebih mudarat  boleh berlaku. Ini semua bergantung kepada individu itu bagaimana penerimaannya. Tekanan boleh membantu atau mungkin juga memberi kemudaratan dalam kehidupan.

STRES - DEFINISI

Stress adalah tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaangemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya. Gejala stres ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. 

PUNCA STRES

# Terlalu inginkan kemenangan
# Bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan
# Sifat terlalu mengharapkan yang terbaik
# Suka mendesak
# Risau keterlaluan
# Tidak mahu menerima teguran
# Berprasangka buruk dan berdendam.
# Cemburu dengan kejayaan orang lain
# Kerja yang membosankan, tekanan pekerjaan
# Masalah kewangan
# dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

STRES MENUNJUKKAN PERUBAHAN

# Perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, murung, gelisah, kelesuan, ketakutan, mudah mengamuk
# Sentiasa rasa bersalah
# Suka termenung
# Prestasi merosot
# Kekeringan idea
# Hilang tumpuan
# Sukar tidur
# Hilang selera makan.






Stres perlu ditangani dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian. Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik. Ada sebilangan besar masyaraka tmeleraikan kekusutan jiwa tanpa pertimbangan akal sihat dan panduan agama. Contoh bersukaria, menikmati muzik, berkaraoke, menari dan mengambil ubat penenang. Ketenteraman yang diperoleh cara demikian sesungguhnya tak lebih hanyalah bersifat sementara dan sekadar anggapan belaka.
Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif yang lebih berat kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada merokok, minum arak dan pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan. Lebih berat lagi ada yang sanggup membunuh diri.



PERSONALITI ANDA BERDASARKAN WARNA


          


JENIS-JENIS PENYAKIT MERBAHAYA









PENJAGAAN KESIHATAN

Penjagaan kesihatan melalui pemakanan adalah penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang merbahaya seperti kardiovaskular, kanser, dieabetis dan lain-lain.







PERKHIDMATAN KAMI
posted by Unknown May 09, 2017 0 comments


KEBAIKAN E-KAUNSELING
posted by Unknown April 29, 2017 0 comments


 KEBAIKAN E-KAUNSELING:
Ø  Mudah diakses tanpa perlu bergerak (bila-bila masa).
Ø  Jimat masa, kos dan tenaga.
Ø  Data klien adalah sulit dan di bawah kerahsiaan serta dapat mengelakkan stigma negatif masyarakat.
TUJUAN E-KAUNSELING
posted by Unknown April 29, 2017 0 comments




TUJUAN E-KAUNSELING:


Ø Memberikan perkhidmatan E-Kaunseling kepada semua pelajar IPT untuk pengurusan kendiri.





TARGET KLIEN E-KAUNSELING: Pelajar IPT yang


Ø Mengalami kekeliruan tentang sebarang isu.

Ø Kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan kaunselor

Ø Ingin mendapatkan perkhidmatan E-Kaunseling dengan cepat dan mudah.

Ø Menetap jauh dari tempat perkhidmatan E-Kaunseling Kurang keupayaan (cenderung menulis daripada bercakap
PROSEDUR PERKHIDMATAN E-KAUNSELING
posted by Unknown April 29, 2017 0 comments


PROSEDUR PERKHIDMATAN E-KAUNSELING:
Ø  Mengisi borang secara atas talian yang telah disediakan di ruang utama (maklumat: nama, email, jantina, no. telefon, permasalahan yang dialami)
Ø  Maklum balas borang akan dihantar melalui email.
Ø  Mengenalpasti kesesuaian kaunselor.
Ø  Merekod maklumat daftar klien ke dalam sistem daftar klien.
Ø  Menentukan tarikh serta masa sesi secara atas talian diadakan.
Ø  Sesi dijalankan pada masa yang dipersetujui oleh klien dan kaunselor.
WAKTU OPERASI
posted by Unknown April 29, 2017 0 comments


MASA:

JADUAL WAKTU BEROPERASI




AHAD - KHAMIS
8:00 AM – 12:00 PM
2:00 PM – 4:00 PM
8:00 PM – 10:00 PM

JUMAAT & CUTI UMUM
           Hari Cuti
  
    Tidak beroperasi


PERANAN KAUNSELOR DALAM E-KAUNSELING
posted by Unknown April 29, 2017 0 comments


PERANAN KAUNSELOR DALAM E-KAUNSELING:
Ø  Membantu klien untuk berkongsi isu yang dihadapi.
Ø  Mendengar dan cuba memahami isu dan situasi yang dikongsikan oleh klien.
Ø  Membimbing klien dalam mengatasi isu yang dihadapi.
Ø  Sebarang isu dan penceritaan di bawah akta kerahsiaan kaunselor.
VISI DAN MISI KAUNSELING
posted by Unknown April 29, 2017 0 comments


  VISI E-KAUNSELING:
Ø  Membentuk pelajar IPT yang seimbang dari segi emosi dan fizikal.

MISI E-KAUNSELING:
Ø  Menjadikan perkhidmatan E-Kaunseling sebagai medium rujukan kepada pelajar.
Ø  Mewujudkan pelajar yang kreatif dan proaktif.
Ø  Membantu melahirkan pelajar yang sihat, ceria, dan tanpa tekanan.
posted by Unknown April 25, 2017 0 comments

design by Wanaseoby